Monday, July 6, 2009

Sejarah VESPA aku

Mengikut geran lipat kaler biru aku yang season tu..vespa aku ni didaftarkan di Malaysia pada 1974. Model Vespa ni adalah Vespa Super150 yang sememangnya banyak diguna pakai di Malaysia. Warna asalnya biru tua.

Menurut geran lipat kaler biru aku tu jugak, vespa aku ni telah dimilik- guna- pakai oleh 5 individu termasuklah aku.. Pernah berada di Tanjung Malim..kemudian Slim River.. kemudian Kuala Lumpur..kemudian Jitra(pak aku) dan Jitra(aku).

Vespa aku mengalami proses restorasi yang agak radikal kerana bentuk fizikalnya yang hampir reput terutama di bahagian lantai yang sememangnya bahagian yang paling sensitif jika tidak dijaga rapi. Hampir tenggelam dalam tanah kerana ditinggal lama oleh bapak aku sebab selalu buat hal..

Vespa aku ni pernah di baik pulih oleh beberapa pakar vespa sekitar kedah. Pertama Samy Vespa(Jitra) dia ni ada sebijik Vespa GS160 mmg smart la..Kedua Sin Motor Pantai Johor a.k.a Kedai Kapak yang berjaya dan terakhir Daud King Simpang 4 Kangkung. Pomen yang last ni lah yang resto vespa aku cam dalam gambar kat atas tu.-PakkuVespa.

Sekian.


No comments:

Post a Comment