Friday, July 10, 2009

DARUL AMAN VESPA SQUAD

antara ahli

kenangan lalu

lakaran asal

D.AV.E'S merupakan singkatan daripada Darul Aman Vespa Squad ialah sekumpulan anak muda dari Jitra yang mempunyai minat yang sama terhadap VESPA.
Ditubuhkan kira-kira 7 tahun lepas oleh saudara Ashraf a.k.a ankara_durja dan rakan-rakan menyebabkan D.A.V.E'S dikenali ramai oleh vesparian dari Kedah.
Mempunyai ahli kira-kira 20 vesparian sekitar Jitra dan vesparian luar Kedah menjadikan D.A.V.E'S satu komuniti yang gilang -gemilang.
Antara aktiviti yang selalu dilakukan adalah konvoi vespa, jamming, bersantai di kedai makan, berteka-teki bersama veteren vespa, lawatan ke bengkel2 vespa sekitar utara, jamboree vespa/lambretta, karnival kuala kangsar dan banyak lagi.
Kini aktiviti D.A.V.E'S sudah berkurangan disebabkan ramai vesparian sambung belajar, balik negeri asal, jadi mat rempit, bekerja dan lain-lain.

Di harap masa-masa mendatang D.A.V.E'S dapat di aktifkan kembali seperti mana zaman kegemilangannya dahulu.-pakkuvespa.

Monday, July 6, 2009

Sejarah VESPA aku

Mengikut geran lipat kaler biru aku yang season tu..vespa aku ni didaftarkan di Malaysia pada 1974. Model Vespa ni adalah Vespa Super150 yang sememangnya banyak diguna pakai di Malaysia. Warna asalnya biru tua.

Menurut geran lipat kaler biru aku tu jugak, vespa aku ni telah dimilik- guna- pakai oleh 5 individu termasuklah aku.. Pernah berada di Tanjung Malim..kemudian Slim River.. kemudian Kuala Lumpur..kemudian Jitra(pak aku) dan Jitra(aku).

Vespa aku mengalami proses restorasi yang agak radikal kerana bentuk fizikalnya yang hampir reput terutama di bahagian lantai yang sememangnya bahagian yang paling sensitif jika tidak dijaga rapi. Hampir tenggelam dalam tanah kerana ditinggal lama oleh bapak aku sebab selalu buat hal..

Vespa aku ni pernah di baik pulih oleh beberapa pakar vespa sekitar kedah. Pertama Samy Vespa(Jitra) dia ni ada sebijik Vespa GS160 mmg smart la..Kedua Sin Motor Pantai Johor a.k.a Kedai Kapak yang berjaya dan terakhir Daud King Simpang 4 Kangkung. Pomen yang last ni lah yang resto vespa aku cam dalam gambar kat atas tu.-PakkuVespa.

Sekian.